The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, September 20, 2020

Kitaran Kehidupan

 Kitaran kehidupan...


1. Akan ada satu masa, yang mana you feel like you had enough. Dah penat dengan semua benda. Rasa menyampah dengan semua benda. Percayalah, itu normal.


2. Waktu itu, berhati-hatilah. Jaga tindak tanduk, jaga tingkah laku dan kata-kata. Sebab sedikit kesilapan akan membawa padah yang panjang.


3. Masa tu, ada beberapa benda yang boleh anda buat. Boleh bercakap dengan sesiapa termasuk kucing. Xsalah pon. Tapi kalau kucing tu jawab, sila jumpa doktor! Boleh call mak dan ayah, kalau mereka ada lagi. Minta doa mereka, cerita pada mereka. Boleh beli kasut dan jogging tanpa henti, penat jogging sila naik bas untuk balik. Boleh keluar dan berborak dengan kawan-kawan. Tengok apa yang berlaku pada masyarakat sekeliling. Mungkin itu boleh mengubah cara anda berfikir.


4. Pendek kata, buatlah apa apa yang patut, yang penting anda float, jangan lemas (bak kata seorang sahabat). Dan apabila anda dah lepas fasa ini, ingatlah dua benda; satu, anda akan jadi manusia lebih berguna pada orang lain, kedua, pada masa hadapan masalah ni akan repeat. So, ulangi langkah satu sampai habis.


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh abah Aisyah dan Maryam. Hak cipta terpelihara.



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"