The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Thursday, March 4, 2021

Shrink

 Shrink 


1. Sebelum ni, pendedahan aku pasal shrink adalah melalui movies dan series. Seterusnya, makin meniti dewasa, ada few of my friends kene pergi jumpa psychiatrists (adalah kisah-kisah mereka tu). Honestly speaking, sebelum ni persepsi aku pasal psy ni neutral. Tapi aku tau majority masyarakat kita menganggap psy ni issue taboo dan something to avoid. 


2. Recently, dek terlalu banyak masalah melanda secara melampau, aku bersuara pada few people, termasuklah colleagues dan bosses. Alhamdulillah, company kitorg ada menyediakan so called khidmat kaunseling dan sokongan (alaa, mcm sekolah tu). They suggested me to call them (employees assistant programme). 


3. Walaupun a bit skeptical, aku call juga (standard la, benda baru mmg camtu). Sesi dia bermula dengan suai kenal, dia tanya pasal aku, aku tanya pasal dia. Waktu aku tanya dia tu, aku tanya sebanyak mungkin (sesuai dengan keadaan laa). Agak aku dah puas hati, baru proceed dengan proses seterusnya, yang mana aku bercerita dan dia mendengar, dia cakap pendapat dia yg neutral, choices yg ada, aku cakap pendapat aku and so on. 


4. Dalam sejam setengah, sesi abis. Bini aku tanya, apa komen aku. Aku cakap, aku rasa cam xde beza je.... 


5. Seterusnya... aku rasa sgt penat dan lapar. Malam tu, for the first time in forever, aku dapat tido dengan tenang. No more mimpi yang bukan-bukan, waktu tido xde pikiran dan perasaan xbest. 


6. Alhamdulillah,  aku dikurniakan company yang bagus. Selepas seketika, direct bosses aku ajak slow talk, try to understand what happened. Two of them book their time, ajak jumpa physically dekat satu tempat (mengikut SOP). Aku bercerita apa yang aku rasa dan alami pada mereka, dan mereka menyuarakan pendapat mereka secara neutral dan options pertolongan mereka. Again, abis sesi, bini aku tanya apa komen. Aku cakap, mcm xde beza je... 


7. Tapi, esoknya aku start bukak laptop dengan sedikit keriangan. Benda xsetel 100%, tapi aku discuss technically dengan colleagues dengan ketawa, it had been a while since that happened. 


8. In summary, kita kalau ada masalah, kita xleh simpan sorang. Kita kene cari proper channels and seek help. Even kalau xjumpa channels pun, kita kene mtk pendapat kawan sekeliling kita, discuss dengan isteri atau adik beradik. Agak payah sgt, discuss dengan parents, mana-mana jelah. Masalah xkan settle, tapi otak kita makin 'luas', dan kita akan ada byk options utk settlekan masalah. 


9. Solat sunat hajat, istikharah kene buat. Sebab hebat mcm mana pun kita, status kita hamba (lagu WALI band). So, sedarlah diri. 

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" (65:3). 


Semoga Allah membantu kita semua, diatas segala masalah yg kita hadapi. Ameen.



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"