The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, June 13, 2010

Setahun sahaja lagi~


Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku berada di Tulsa University,
Masih ada sisa setahun sebelum semuanya berakhir,
Titik perubahan daripada pelajar kepada pekerja.
Sebenarnya, sebagai pekerja juga adalah pelajar.

Semuanya seolah-olah masih segar dalam ingatan aku,
basahnya amatlah segar seperti embun di pagi hari,
Bagaimana aku meniti hidup di sekolah rendah,
bergelak-ketawa, riang-ria bersama-sama teman,
Kemudian melangkah ke zaman sekolah menengah.

Di era ini, sedikit sebanyak aku belajar erti kehidupan,
mengenal makna hidup dan kawan,
5 tahun berlalu, akhirnya tamat kisah ini,
Namun tetap segar di ingatan.

Setelah itu, aku melangkah ke alam pra-kolej,
Hidup berubah menjadi dewasa, semuanya lain sekali,
Tidak sama seperti sekolah menengah.
2 tahun bergelumang pahit maung itu, sekali lagi kejayaan di pengakhiran,

Hidup di University memang mencabar,
Hidup memang bebas, namun kesan dan akibat juga bebas,
sedar tak sedar tinggal setahun sahaja lagi.

Kini, setahun yang terakhir, aku termenung,
Hati merasakan amat kosong,
Hidup keseorangan dan ketakutan,
Takut merindui kenangan lalu,
Dengan sisa yang masih ada,
aku cuba untuk menjadikan tahun terakhir yang terbaik,
baik dari segi pelajaran mahupun pergaulan,
namun dari segi apakah ukuran terbaik itu,
kalau menurut hati mana bisa mungkin puas,
menurut orang pun mana bisa terturut,
entahlah, tunggu dan lihat sahaja.

Hati sering merancang dengan yang terbaik,
Namun nafsu meratah habis di tengah perjalanan,
Namun hati tak pernah puas dengan perancangan,
Malangnya nafsu juga begitu.

Tak mengapa, hati akan terus,
terus merancang yang terbaik untuk tahun terakhir,
Semoga Pencipta hati dan nafsu membantu,
Membimbing hati dengan Rahmat!

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"