The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, January 24, 2011

Syukur~Alhamdulillah!

Masalah kewangan memang menyakitkan kepala, memikirkan di mana mahu mencari duit untuk membiayai keperluan sendiri. Kadang-kala, seseorang terpaksa berhutang untuk tujuan ini, belum sempat terbayar, terpaksa berhutang lagi. Bukan kehendak, tapi terpaksa!

Ya Allah, sungguh mereka redha dengan ketetapan dan ujian daripadaMu ini...Ya Allah, bantulah mereka ya Allah...

Sewaktu kita senang, sewaktu kita ada duit, hendaklah merancang akan masa hadapan. Jangan terlalu boros berbelanja akan sesuatu yang tidak perlu. Sebagai contohnya, jika mahu makan buah mangga katakan, belilah sebiji ataupun dua sahaja, beli yang berharga sederhana sahaja. Tidak perlu sampai membeli 10 biji ataupun mencari yang berharga RM 12 untuk 1Kg...berpada-padalah untuk masa sempit.

Sewaktu kita senang, tidak semestinya perlu ada RM 2,000, jika ada Rm 3 sekalipun, rajin-rajinlah bersedekah kepada Allah. Sedekah yang ikhlas tidak perlukan jumlah yang banyak, Rm1 daripada Rm3 sudah memadai, jika kita ingat pada Allah pada waktu kita senang, mana mungkin Ar-Rahim melupai kita. Yang kerap terjadi adalah kita lupa pada Allah, waktu terdesak barulah termengah-mengah merintih...sedekah adalah tanda kita bersyukur...Janji Allah adalah semakin kita bersyukur semakin Allah tambahkan nikmatnya...Siapa mahu cabar akan kata-kata ini?...

Sewaktu kita senang, sewaktu ada duit sedikit, perlulah berazam dan berusaha sedaya menabung untuk kegunaan yang di redhai Allah. Sebagai contohnya, mulalah menabung daripada sekarang untuk duit kahwin. Ramai orang beranggapan apa guna berkahwin awal, baik kerja dahulu dan guna duit untuk perkara yang lain dahulu. Tapi tiada siapa yang mahu rujuk kembali Rasulullah s.a.w. menyuruh kita berkahwin sesegera yang mungkin bila kita mampu dan bersedia. Jadi, apa salahnya kita berusaha untuk bersedia dan menjadi mampu? Ingatlah janji yang Maha pencipta, jikalau kita cuba membuat apa yang hakiki, Yang Maha Pencipta akan membantu. Jadi, mulalah dari sekarang, tidak perlu banyak, RM10 untuk 3 minggu pun sudah memadai, berkorban dan ikat perutlah sedikit untuk tujuan ini...Ramai orang sanggup berkorban mengikat perut untuk membeli kereta mahupun gitar baru, tapi tidak untuk perkara semulia ini...Bukankah zalim ini namanya..."tidak meletak sesuatu pada tempatnya"... yakinlah, Allah akan membantu kita jika kita berusaha kearah keredhaan...

Sewaktu kita senang, bila kita sudah berkerjaya, mulalah menabung untuk anak, untuk digunakan membiayai pengajian anak-anak. Jangan kita selalu mengharapkan bantuan orang lain, ataupun mengharapkan anak-anak mendapat biasiswa. Mulalah dari awal. Mengapa melatih diri kita untuk meminta, tidak untuk berdikari! Bayangkan, kaum Cina dan India mampu berbuat demikian, mengapa tidak kita? Tidak perlu banyak, Rm10 sebulan sebelum anak lahir sudah memadai, jika tidak mampu RM10, boleh dikurangkan jumlah itu, asalkan ada. Sedikit tidak mengapa, asalkan ada. Jika kita bertindak begini, semua orang cuba untuk berdikari, barulah duit yang ada diberikan pada tangan yang betul-betul berhak...Tidak perlu menjadi penghutang selama-lamanya...Lagipun, tidak semua manusia pandai dan bernasib baik untuk mendapat biasiswa.

Sewaktu kita senang, tidaklah perlu untuk tunggu gaji bulanan empat atau lima angka, mulalah menabung untuk diri sendiri, cuba sedaya upaya untuk menunaikan hutang kita dengan Allah untuk ke tanah suci. Mengapa perlu menunggu sehingga lanjut usia baru nak termengah-mengah? Jikalau kita berhutang duit dengan seseorang, adakah patut kita melambat-lambatkan pembayaran sehingga tua, jikalau nasib tidak baik, kita pergi takkan kembali, adakah betul apa yang kita buat? Jawapan itu untuk apa yang kita buat pada Allah! Mengapa mengharapkan duit anak-anak apabila mereka dewasa kelak? Hentikan tabiat mengharapkan bantuan ini...anak-anak apabila dewasa kelak mungkin akan berusaha berhempas pulas untuk membayar hutang yuran pengajian mereka kerana kita lupa untuk menabung duit mereka pada waktu mereka kecil, siapa tahu?

Apabila kita susah, memang terdesak, cuba adakan perasaan malu untuk berhutang. Memang berhutang kerana terpaksa, tidak salah. Dalam Islam pun ada syariat berhutang, tapi dengan mewujudkan perasaan malu dan segan, akan membuatkan kita berhati-hati dalam berbelanja, berfikir dan lebih bersyukur. Selain itu, perasaan untuk membayar hutang itu segera akan membantu kita, memberi semangat dalam kita belajar contohnya, dan tidak putus berdoa pada Allah agar kita di keluarkan daripada belenggu ini. Ini menjadikan diri kita muslim yang tabah berusaha dan cekal berdoa pada Allah.

Semoga Allah tidak menilai aku pada apa aku bercakap...Ya Allah, aku insan yang lemah. Bukan takbur mahupun riak, jauh sekali mencabar Allah memberikan dugaan ini pada aku... semoga Allah membantu diriku dan keluarga aku daripada belenggu yang membebankan~

1 comment:

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"