The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Tuesday, January 4, 2011

Padi

Beras merupakan makanan utama kita.

Melihat beras, hati aku terfikir akan masa depan selepas belajar, di mana akan aku berkerja, dengan siapa, hanya Yang Maha Esa yang tahu.

Melihat beras, hati aku menjadi sayu! Terasa rindu bercampur sedih, tapi tidak tahu apakah yang sebenarnya puncanya, seolah-olah tali yang tiada hujung.

Melihat beras, hati aku terasa bersemangat untuk belajar bahasa cina, terasa ingin menguasai bahasa ini secepat mungkin. Apakah tujuan aku belajar bahasa ini? Sekali lagi aku gagal ketemu jawapan!

Melihat beras, hati aku sekali lagi sayu, mengenangkan apa yang Allah bagi pada aku selama ini! Sesungguhnya ya Allah, aku tidak layak akan nikmat ini! Namun maha suci Engkau, Engkau kurniakan pada aku, "الحمد لله"!

Sering kali aku leka akan Dunia ini, bergelumang dengan dosa dan nafsu. Terlalu menurut nafsu dalam diri. Syukur pada Allah, aku masih mampu menelan beras, boleh jadi itu beras terakhir buatku di Dunia ini. Namun, umurku masih panjang, "الحمد لله"!

Segalanya bermula dengan setangkai padi, diproses menjadi beras, dan dimasak untuk dimakan. Maha Suci Allah yang menjadikan diri ku dan juga beras!

1 comment:

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"