1. Semalam, waktu lunch, aku tido kejap. Allah bawak kembali kenangan waktu belajar. Masa tu tengah mtk duit dengan abah, nak beli tiket bas ke KMB. Plan duit belanja nak makan, plan waktu belajar sebab dah nak exam. Berpeluh pikir. Lepas tu, tetiba aku sedar, bukan ke masalah ni dah lama berlaku. Ini cerita dulu ni. Paksa diri bangun, utk seketika, duduk termenung, fikir mana satu realiti dan mana satu fantasi.
2. The moment nampak Aisyah tgh cepuk Appa, sebab Appa gigit tgn dia, aku sedar inilah realiti. Allah... padahal tidur tak sampai 30 minit. Pergh, PTSD aku ni, tak pernah settle masalah ni.
3. Hebat manusia kerana akal. Tanpa akal, kita bagaikan binatang, bahkan lebih teruk...
4. Pikir balik, otak kita ni sekadar pinjaman sahaja. Guna utk belajar, guna utk kerja, guna utk hidup. The moment sakit, kene stroke, atau pun Allah bagi kita sedar tak sedar di alam mimpi, huru-hara hidup.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
7:179


No comments:
Post a Comment