1. We appreciate more when we have less, so they said. Kecik-kecik dulu, duit belanja sekolah aku adalah 50sen. Ada satu masa tu, sekolah ada sesi pagi dan sesi petang, abah aku up sikit duit jadi rm1. On special occasions, aku dapat rm1.50. Kaya dah tu. Sekolah menengah pun rate duit aku adalah RM1/hari, sebulan abah aku bagi rm30 duit belanja.
2. Ada few scenes to recall, aku ada buat tabung tempurung dan tabung buluh. Menabung sikit-sikit. Ada hujung tahun tu, yang aku boleh recall pernah sampai rm80 lebih. Aku naik basikal pergi simpan dalam bank dekat bandar (for future use, to be told later).
3. Masa sekolah rendah, pak sedara dan mak sedara ada buat offers, kalau dapat full A’s upsr, diorg bagi rm20/A, tapi syarat kene dapat full baru offers valid. Alhamdulillah, dapat. So, first time aku pegang duit Rm100 (lebih) abis sekolah rendah. Rasa mcm kaya gila dah tu.
4. Masa abis spm, aku dan abah naik motorsikal balik kampung mtk duit bantuan negeri. Masa tu, kalau result cemerlang, depa offered rm1k. First time aku pegang duit 1k, letak dlm poket, naik motor balik rumah. Tak mengantuk langsung naik motor walaupun perjalanan 2 jam lebih. Waktu kecik, aku selalu dengar ungkapan orang-orang tua, kalau depa terlepas masalah, rasa lega, depa akan cakap ‘rasa mcm lepas hutang seribu’, nak menunjukkan rasa leganya mereka dan besarnya nilai 1k tu. Ada dalam poket aku masa tu, hehehehe.
5. Abis preparation, sebelum ke US, Petronas bagi duit RM9k lebih utk tukar ke travellers cheque. The catch is, dekat US nnt, scholarship akan masuk selepas 3 bulan. Masa tu, aku naik motor drp pasir puteh, ke cimb bank KB utk keluarkan duit, dan jalan kaki ke RHB berdekatan utk buat the cheques. Dalam poket masa tu ada 10k total. Jalan mcm pesalah jenayah, takut-takut dan tengok sekeliling takut kene rompak. Lepas tukar, err, usd2500 lebih kurang.
6. Bila kenangkan balik, itulah saat-saat yang indah, suka dan duka kehidupan. Rasa bersyukur pada Allah diatas apa yang Allah kurniakan.
7. Kepada rakan-rakan yang lain, jika anda mampu, bagilah sedekah/hadiah pada orang lain, terutamanya students, walaupun rm10 secara consistent. Nilai rm10 tu mungkin nilai sepinggan nasi bagi mereka. Tapi rajin-rajinlah berpesan ‘jgn buat beli rokok’ (tangan kebahu, mata kelangit)... Ia dapat melatih anda menjadi berdisiplin dalam merancang kewangan, disamping berkongsi rezeki.
"There are two kinds of people, givers and takers. The takers may eat better, but the givers surely sleep better".
(quoted).

No comments:
Post a Comment