The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Thursday, April 14, 2022

The Power of Saying No




The Power of Saying No

1. Dulu, waktu awal-awal ayah sakit. Ramai menasihatkan dia utk retired awal. Waktu tu, aku nampak sedikit kegusaran dalam wajah beliau. Mungkin faktor kewangan, sebab bila retired gaji dah kurang. Tanggungan masih byk masa tu.

2. Ended up beliau terus kesekolah, bertugas setakat yang mampu walaupun dah tak fit utk bertugas. Ada satu tahap tu, cikgu besar tolong dengan bagi jaga kelas yang tak perlu mengajar dan bagi kelonggaran pada beliau, kalau sakit kepala silakan rehat dalam store. Akhir cerita, sakit tak improve, beliau dapat medical board dan barulah berhenti secara official.

3. Benda lebih kurang sama terjadi pada arwah pak sedara aku. Waktu sakit, terpaksa bertugas sekadar mampu sebab faktor kewangan.

4. Sepanjang 11 tahun berkerja ni, Allah pertemukan dengan aku beberapa senior yang sakit kat tempat kerja. Kisah mereka aku cuba jadikan teladan.

5. Alkisah sorang senior, boleh nampak beliau yang jenis celik kewangan. Hidup below means orang cakap. Ada beberapa scenes perbualan aku dengan dia, aku tahu dia mmg byk menabung.

6. Allah uji dia, sebelum pkp di kene stroke. Lama beliau cuti tanpa gaji. Alhamdulillah dia recovered. Allah uji lagi sekali, waktu pkp, beliau terkena serangan jantung. Setelah discussed dengan family, kawan-kawan, beliau memilih utk retired awal, focus kepada kesihatan beliau dan hidup dengan lebih tenang. Kurangkan bebanan dan stress kerja.

7. Ibrah daripada kisah-kisah ini, tak semua orang mampu dan dapat peluang daripada Allah utk berkata tidak. Utk katakan, tidak, saya tak nak lagi berkerja, saya nak berehat dan focus pada kesihatan dan family saya. Saya akan kembali, bila mana semua sudah stabil.

8. Macam zaman sekolah dulu, kita tahu exam akan berlaku pada hujung tahun. Tugas kita, adalah membuat persiapan awal. At least, kita bersedia utk tersebut.

9. Berita buruk utk kita semua adalah, kita pasti akan tua dan sakit. Bersediakah kita?

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"