The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Thursday, October 3, 2019

Orang kita...



Jom kita berubah, menjadi lebih baik daripada semalam.

1. Solat jemaah di pandang enteng. Seharusnya solat jemaah di praktik kan dimana sahaja kita berada, terutamanya di rumah ketika berhimpun. Golongan dewasa seharusnya mengetuai, agar menjadi pedoman pada yang muda. But then, it becomes a history/legend only, being told to generations through text books.

2. Suka sangat dengan benda magis, benda senang dan cepat. Kalau ada ubat kurus, atau ubat darah tinggi/kencing manis, makan hari ni semalam sembuh! Walhal gula di bedal sejak seusia 6 bulan. Kalau ada kopi sunnah, atau bekam sunnah yang di jual/lakukan oleh bekas penipu yang memakai kopiah dan menghafal 2 muka surat al-mathurat, ini yang dipuja. Lagi best, waktu rawatan, tetiba hujan kilat dan keluar asap di keliling bomoh, nescaya satu negeri datang membuat rujukan. Menjadi bualan. Walhal semalam tokmoh baru released darah tinggi (AOR).

3. Duit menjadi pujaan. Kereta besar menjadi idaman. Pantang ada skim cepat kaya, atau business sunnah, yang xpayah buat kerja duit datang bergolek, ditambah pulak yang kempen pakai kereta mewah. Habis signatures dan cop jari di beri. If only we stop for a while, and think of their legitimate.

4. Focus dan objective anak anak jauh tersasar. Dulu, all we talked were exams, studies, locals and overseas universities. Sekarang, topics berubah menjadi mobile legends, loan asb1, loan asb2, vapes dan perasa. Selain daripada individu berpangkat yang mahu dijadikan kabel untuk sesuatu.

Sedih....sambung makan daging!

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"