The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, February 8, 2021

Kisah Kematian

 Kisah Kematian 




1. Dukacita dimaklumkan, ayah saya meninggal dunia dua hari lepas. 

Firman Allah: Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Al Baqarah, 156). 


2. Selaku salah seorang yang menurunkan jenazah kedalam liang lahad, mengikut adat setempat, saya menerima 'sijil penyertaan'. Ia berupa sehelai kain pelikat. Bolehlah saya sertakan dalam CV dalam any interview later. 


3. Nabi kata, apabila matinya anak Adam, terputus amalannya kecuali 3; Doa anak si-mati yang soleh, Ilmu yang si-mati telah ajarkan pada yang lain dan ilmu itu bermanfaat, sedekah si-mati sewaktu beliau masih hidup. 


4. Talkin kematian adalah utk si-hidup, bukan si-mati. Bersediakah kita? 


5. Dari segi costs, tahukah anda, pengurusan jenazah agak mahal? Serba sedikit utk pengetahuan kalian, upah mandi jenazah dan kafan sekitar RM800 (dilakukan oleh adik dan sepupu, tapi dipantau dan diajar oleh pakar), upah gali kubur RM550, harga tanah kubur RM### (utk kes kami tanah wakaf), total pengangkutan jenazah RM100, dll. Jadi, bagi yang masih hidup, silalah mendaftar sebagai ahli khairat kematian dengan masjid ditempat anda. Selain membantu diri anda, ia akan membantu orang lain selagi mana anda hidup. 


Erti hidup pada memberi,

Selagi hidup, kita berbakti,

Apabila mati, tinggalah budi untuk diwarisi,

Untuk dicontohi oleh generasi. 


Yang benar,

Fajarimi

(Anak Yatim)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"