1. Semalam singgah beli sate ikan (lokcing) tepi jalan. Brother tu set-up meja belakang kereta Myvi je.
2. Aku perasan dah lama brother ni berniaga. Semenjak kelonggaran diberi, selalu nampak brother tu tepi jalan. Aku assume dia xde kerja la kot selain berniaga ni, sebab selalu nampak dia since tgh hari lagi.
3. Tgh menunggu dia bakar sate tu, aku perasan ada sorg budak lelaki, dalam umur 3 tahun tgh panjat naik-turun kereta. Mirip sekali Maryam. Tak nampak pulak sebelum ni. Mungkin hari ni dia bawak ada sebab-sebab tertentu.
4. Dia dtg tegur ayah dia, Buat apa tu abah? Masak…jawab ringkas. Lepas tu budak tu sambung panjat kereta. Nampak dlm kereta, ayah dia ada pasang video kartun. Mungkin budak tu dah boring sgt dah tu, tu yg main panjat turun kereta tu. Dah basah rambut budak tu dek berpeluh.
5. Otw balik naik motor, kene park tepi kejap. Sebab ada lalat masuk mata…
Tiadalah menetap bagi orang yang berakal dan bersastera,
Dengan santai, maka tinggalkanlah kampung dan berkelanalah,
Pergilah, kamu akan temui pengganti orang yang kamu berpisah,
Berpayahlah, sesungguhnya manianya hidup ini selepas berpayahan.
(Imam Syafie)

No comments:
Post a Comment