Cuti Sakit
1. Tadi, berkesempatan berborak dengan kawan yang ditimpa musibah patah kaki.
2. Perbualan berkisar tentang tempoh sembuh dan cuti sakit.
3. Baru sedar, dalam kebanyakkan syarikat swasta, cuti sakit adalah 30 hari dan cuti warded 30 hari. Pernah terjadi sebelum ni, ada seorang senior mengalami ketumbuhan di tulang kaki, agak besar.
4. Tak tahu in details, tapi aku sempat berbual dengan dia 4 tahun lepas. Dia cakap, dia alami kesukaran utk berjalan. Pernah operate, tapi tulang tersebut tumbuh lagi, rapidly. Kesudahan nya, dia terpaksa berhenti dengan menggunakan alasan medical (medical board?).
5. Itu utk kes yg dah berkhidmat 25 tahun lebih tu, at least dapat pampasan. Kalau kes yg baru setahun jagung kerja ni, utk kes patah tulang peha for example, minimum agaknya 3 bulan baru boleh recover. Habis tu, apa jadi dgn kerja? Kalau kes arwah sahabat sebelum ni, beliau diagnosed kena cancer, yg makan bulan atau tahun baru recover... kalau recover.
6. Hargai masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum susah, berjimat cermat sebelum habis. Aku pun lambat baru dapat kesedaran ini, Allahu...
Beringatlah kita semua.


No comments:
Post a Comment