The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, December 6, 2021

Father and Son by Cat Stevens

 Father and Son by Cat Stevens

(Daughters and Cat pon boleh)

1. First time aku dengar lagu ni 15 tahun dulu. Pasal perbualan seorang ayah pada anaknya. Dulu rasa mcm, hmmm, okay!. Makin meniti dewasa ni, scene perbualan ni menjadi sgt meaningful.

2. Semalam berpeluang berbual dengan golongan muda yang baru habis study. Indeed, this is a tough time for them.

3. Dah la zaman study zaman maya, kekangan kewangan, habis study pulak zaman ekonomi mencabar. Ada yang berkerja sebagai Grab menghantar makanan, ada yang jadi pegawai penjara. Gaji dapat basically cukup-cukup ‘mass-balance’. Nak kene cover cost ‘wear and tear’ motor lagi, kene deal dengan karenah mencabar dalam penjara lagi. Setakat ni, nak saving mmg sgt mencabar. Aku doakan mereka semua menjadi insan yang diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki mereka dalam hidup ini.

4. Semalam jugak, waktu nak naik parking, ada satu family (visitors) ni nampak tgh mencari hala tuju. Mereka nak cari jalan naik, tapi tak jumpa tangga dan tak dapat call tuan rumah. Aku park kereta dan tolong.

5. Proses agak rumit sebab line phone depa tak berapa baik, page info rumah loading sampai ke sudah. Mak dan ayah dalam umur 50s, sgt ramah berbicara. Ada sorang anak around 20s, perempuan, mungkin zaman tgh rebel kot, kelihatan sgt garang. Mak dia tak putus minta maaf, sebab anak dia asyik duk tinggi suara je. Ibrah drp kisah aku dulu pun perangai tak berapa nak elok, aku senyum je, sambal cakap, xpe, dia penat tu, darah muda. Finally, sampai ke rumah yang dituju.

6. Tetiba bait-bait lagu menjadi sgt vivid dan lively.



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"