The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, July 7, 2024

Bukan Kawan

 


1. Flash back...


2. Sedekad yg lalu, masa first day hantar wife aku lapor diri bertugas, kami naik motor pergi pejabat. Dengan beg laptop sebiji, nampak dia melangkah gagah masuk.


3. Tgh hari, pergi ambil dia utk urusan selanjutnya. Nampak beliau kepenatan, panas. Tak makan lagi katanya. Mtk tolong aku hantar ke bangunan lain.


4. Within a week, tak putus dgr beliau mengomel. Penat, kene marah, kene sumpah, both dgn seniors dan patients, termasuk dgn duit kene curi sebab takde bilik proper utk doktor petugas, so, barang-barang personnel terdedah mcm tu je.


5. Bulan makan bulan, lama-lama, setahun sengsara, isteri dah mula tertekan. Zikir harian adalah injustice treatments dekat tempat kerja. Utk menceriakan suasanan, aku cuba made it up bila ada waktu terluang, give and take.


6. One day, masa dekat klinik swasta, terjumpa seorang petugas, lelaki. Dia ramah menegur dan berbual. Aku excited, isteri pun. Personally, aku dan isteri seorang yg outspoken, extrovert, suka tegur dan buat kawan baru. 


7. Weekends tu, dia ajak lepak, dia kata wife dia pun doktor, nak ajak borak. Kami happy, sebab at least boleh divert stress isteri.


8. Masa jumpa, masa berbual, aku rasa xbest, sebab topik perbualan adalah pasal kekayaan dan kemewahan mereka.

Last time dengar mcm ni adalah dalam surah annaziat:24

Faqala ana rabbukumu al-aAAla (kata Firaun).


Seriously, something tak kena. 

Akhirnya aku paham, dia ejen mlm tgh nak tarik downline. Dia promote suruh buat loan utk join kaya mcm dia.


9. Honestly speaking, aku rasa marah. Aku rebuttled points dia yg obvious mengarut. Aku bayar the whole makanan walau dia berkeras kata dia nak bayar. Mesej; I am not desperate. I was sincere utk berkawan. Was!


Mtk undur diri. Later aku dapat tahu, dia laki bini cuba keras pujuk isteri aku utk buat loan masuk bawah dia, cerita tu mati sini je la.


10. Years later, dapat tahu mereka berdua tak lepas housemen pun, berhenti kkm, jual products yg tak logic akal merawat penyakit. Yang peliknya, mcm mana mereka boleh buat locum. Rupanya dah ada dua tiga kes saman menyaman, yg mana mereka berdua buat kerja mcm ni cari downlines, further kes saling menyaman dgn mangsa.


11. After that incidents, aku masih lagi extrovert, tapi aku tak segan utk call it bullshit bila ada benda fishy. 


11. Kesian utk mereka yg terdesak, stress dgn kerja, cuba utk cari ketenangan, ended up stress bertambah sebab tanggung personal loan sebab tertipu dgn mereka yg ambil kesempatan dan menipu.


12. Utk mereka yg baru nak kenal dunia luar (baru habis belajar, baru nak kerja, etc.) 

Berhati-hatilah. It's jungle out there (quoted).


Al kisah...



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"