The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, September 5, 2026

Hari Taekwando Budak-Budak

 



1. Menarik aktiviti ni...


2. Budak-budak somehow byk tenaga. Dgn training taekwando dan focus utk events, hidup parents jadi lebih tenang. Sebab mereka dah penat lepas berlatih.


3. Cara bercakap, berfikir dan bergaul mereka pun jadi lebih matang. Tadi Aisyah kalah dgn johan masa quarter final, sebelum naik terima hadiah, nampak dia tgh berbual dan bergurau dgn johan. Wow sgt!


4. Maryam dan Musa pun nampak jadi lebih focus dan matang. Hari pertandingan, weekends, suruh bangun awal pagi dan mandi utk bersiap, patuh je.


5. Teringat tahun lepas, masa aku jalan dekat Qatar tu, kebetulan Qatar Taekwondo International Open Championship 2025 / 5th Qatar International Taekwondo Championship. 


6. Awal tu aku xtau. Aku nampak groups of budak jalan-jalan keluar dekat area hotel aku duduk tu around 12 malam to 1pagi. Xde org dewasa pun. Budak belasan tahun je. Aku tegur dan tanya. Cara jawab penuh hormat dan keyakinan tinggi. Lepas aku tau siapa mereka; Ooo, patutlah!


Sukan mendisiplinkan manusia!

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"